Apa salah kalau saya berkongsi ilmu dengan anda semua, jom kunjungi blog ini. Semua dijemput.....
Tuesday, May 31, 2011
Teori Perkembangan Menurut Freud
Latar Belakang
Teori Psikoanalisa Freud telah dipelopori oleh Sigmund Freud. Freud memperkenalkan teori ini setelah mengkaji melalui permerhatian beliau terhadap pesakit-pesakit mental.Melalui teori ini, beliau mementingkan pengalaman awal kanak-kanak dan motivasi-motivasi tidak sedar dalam mempengaruhi tingkah laku individu.
Andaian Freud melalui teorinya ini adalah penentu-penentu tingkah laku dan personaliti manusia berdasarkan desakan-desakan luar sedar dalam diri manusia. Desakan-desakan luar sedar ini dikenali juga sebagai tenaga psikodinamik. Teori Freud ini berdasrkan pengalaman beliau bersama pesakit mental. Beliau memperolehi maklumat-maklumat melalui beberapa kaedah antaranya cara hipnosis, analisis mimpi dan perkaitan bebas. Freud menilai motivasi bawah sedar, konflik-konflik antara motif-motif biologi dan norma masyarakat. Freud menyatakan kanak-kanak lahir dengan naluri-naluri asas. Manusia dianugerai dengan naluri yang bersikap tidak rasional. Naluri inilah yang selalunya mahukan kepuasan secara serta merta. Oleh itu bagi Freud, perkembangan manusia sebahagiannya bergantung kepada perubahan desakan naluri bawah sedar kepada tingkah laku rasional yang diterima oleh masyarakat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment